ada seorang lelaki ni,
mula mula dia tak ingat tentang apa apa pun yang kami bincangkan
nama, tempat tinggal, umur, tempat belajar,
dia asyik tanya berulang ulang kali.
seolah olah dia tak pernah ingat apa apa pun.
suatu hari, dia beritahu
yang dia baru dikecewakan oleh kekasihnya
setelah bertahun tahun bercinta
dan dia minta aku untuk jadi kepunyaannya.
aku menolak, dan katakan bahawa aku cuma mahu jadi sahabat baiknya.
untuk yang seterusnya,
setelah hampir tiga bulan tidak bertegur sapa,
dia masih dengan perangai lama.
bertanya tentang nama, tempat tinggal, umur, dan tempat belajar,
seolah olah dia tak pernah tahu aku siapa.
kemudian,
suatu hari, aku enggan melayannya.
kerana bosan dengan pertanyaan yang sama.
seolah olah tak dihargai bila ditanya berulangkali begitu.
tiba-tiba,
dia kata :
"dahulu awak pernah janji mahu jadi sahabat baik saya, kenapa sekarang awak tak mahu layan saya?"
OMG.
ini sungguh menakutkan!
.