Readers love ,

Blog ini seharusnya bersifat,

RAHSIA.

Friday, November 4, 2011

Iman itu Percaya.


Antara benda yang aku belajar tahun ni ialah,

"Kita tak boleh terlalu percaya pada orang, dalam erti kata lain, jangan jadi dependent"

Tahun ni tahun aku paling banyak berdikari. Tahun paling banyak aku tak susahkan orang, tahun yang boleh dikatakan tahun cemerlang untuk pembentukan sahsiah diri aku sendiri. Aku banyak belajar buat benda sendiri tanpa harapkan orang, aku banyak deal dengan management, dengan orang-orang atas, orang-orang besar yang sebelum ni aku takut sangat nak berurusan.

Tahun ni juga aku dah mula detached dengan my circle of friends. Tipu lah kalau tak rasa sedih. We've been together for almost three years tapi aku percaya, semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Mula-mula aku rasa aku tak patut buat macam ni. Aku patut jaga hubungan aku dengan mereka. After all, they are my friend. Tapi ada few circumstances yang buat aku fikir dua tiga kali and mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa this is the right thing to do. To detached.

Tapi it's not entirely their fault, and not entirely my fault too. Lets just say that this is our destiny. Maybe I was destined to meet them so they could teach me some lesson and then move on with our lives. Maybe they're not bound to stay with me through my journey?

Lagipun, aku sibuk dengan teater, aku sibuk juga dengan akademik dan another circle of friends that I have (if I still have them) maka aku tak boleh tamak untuk memiliki semua sebab in the end, aku yang akan suffer. Aku percaya semua ni terjadi for something better.

Mungkin semua ni ketentuan Allah. Mungkin apa yang bakal berlaku akan membawa kebaikan to each one of us. Jadi, aku tak boleh komplen, sebab perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan manusia. Aku sebagai hambaNya, kena sabar dan kena terima semua ni dengan redha. Walaupun susah, aku percaya takdir aku terletak di tanganNya tapi pada masa yang sama aku masih kena teruskan usaha untuk memiliki hidup yang lebih baik dan gembira dan sentiasa berusah mendekatiNya.

Doakan aku berjaya. InsyaAllah.