Readers love ,

Blog ini seharusnya bersifat,

RAHSIA.

Friday, November 4, 2011

Iman itu Percaya.


Antara benda yang aku belajar tahun ni ialah,

"Kita tak boleh terlalu percaya pada orang, dalam erti kata lain, jangan jadi dependent"

Tahun ni tahun aku paling banyak berdikari. Tahun paling banyak aku tak susahkan orang, tahun yang boleh dikatakan tahun cemerlang untuk pembentukan sahsiah diri aku sendiri. Aku banyak belajar buat benda sendiri tanpa harapkan orang, aku banyak deal dengan management, dengan orang-orang atas, orang-orang besar yang sebelum ni aku takut sangat nak berurusan.

Tahun ni juga aku dah mula detached dengan my circle of friends. Tipu lah kalau tak rasa sedih. We've been together for almost three years tapi aku percaya, semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Mula-mula aku rasa aku tak patut buat macam ni. Aku patut jaga hubungan aku dengan mereka. After all, they are my friend. Tapi ada few circumstances yang buat aku fikir dua tiga kali and mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa this is the right thing to do. To detached.

Tapi it's not entirely their fault, and not entirely my fault too. Lets just say that this is our destiny. Maybe I was destined to meet them so they could teach me some lesson and then move on with our lives. Maybe they're not bound to stay with me through my journey?

Lagipun, aku sibuk dengan teater, aku sibuk juga dengan akademik dan another circle of friends that I have (if I still have them) maka aku tak boleh tamak untuk memiliki semua sebab in the end, aku yang akan suffer. Aku percaya semua ni terjadi for something better.

Mungkin semua ni ketentuan Allah. Mungkin apa yang bakal berlaku akan membawa kebaikan to each one of us. Jadi, aku tak boleh komplen, sebab perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan manusia. Aku sebagai hambaNya, kena sabar dan kena terima semua ni dengan redha. Walaupun susah, aku percaya takdir aku terletak di tanganNya tapi pada masa yang sama aku masih kena teruskan usaha untuk memiliki hidup yang lebih baik dan gembira dan sentiasa berusah mendekatiNya.

Doakan aku berjaya. InsyaAllah.

Monday, August 22, 2011

Alhamdulillah

Aku rindu menulis di sini. Rindu untuk mengadu nasib diri. Rindu menjadi diri sendiri. Tapi syukur pada Tuhan, aku kini sedang bahagia. Sedang menikmati hidup seadanya, sedang berterima kasih pada Tuhan dengan tak terhingga.

Tak sangka fasa ini kekal lama.

Terima kasih Tuhan, terima kasih amat.

Sunday, May 8, 2011

I love you, with all my heart.

Tuesday, December 21, 2010

Untuk orang yang sama, seperti posts yang lainnya.

Saya baca balik semua yang saya tulis kat sini, saya baca, saya tilik satu satu. Semuanya kenangan manis. Tak ada yang pahit.

Awak kawan terhebat saya, awak kawan terbaik saya. Kawan pertama yang saya kongsi semuanya. Tak ada yang tertinggal, semua awak tahu. Semua saya cerita.

Saya gembira saya kenal awak. Saya gembira saya cerita semua pada awak. Semua memori yang pernah kita lalui sama-sama, semuanya saya treasure.

Tapi sekarang, semua dah tak sama. Tak macam dulu.

Saya mintak maaf sebab saya terpaksa pergi. Saya mintak maaf sebab saya undur diri. Saya mintak maaf sebab saya give up. Saya tak nampak role saya dalam kehidupan awak lagi. Saya nampak yang saya dah di replaced.

Awak ada Mimi, dia sentiasa untuk awak. Dia sanggup buat macam-macam untuk awak. Semua untuk awak, demi awak. Saya tahu saya bukan macam tu.

Awak ada Sakinah. Dia selalu sama sama dengan awak kan ? Kamu ada cerita bersama. Kita dah tak ada cerita bersama. Kita dah tak bercakap pun. Kita tak say hi to each other anymore. Lagipun Sakinah tu baik, bukan macam saya. Saya bad influence. Sakinah kelakar, I am very sure she could cheer you up anytime when you are upset.

Awak ada Farah, Farah pun macam Sakinah. She's funny. Awak boleh bercerita dengan dia and be happy. Dia kelakar. Dia banyak inside jokes yang boleh buat awak laugh your ass off.

Saya ? Saya tak nampak role saya. Saya cuma nampak diri saya sebagai seorang yang selfish and seorang yang tak patut berkawan dengan awak.

Saya cuma tahu buat awak sedih, dan buat awak kecik hati.

I feel like I am a very bad friend to you.

Lagipun, saya dah tak rasa macam saya diperlukan lagi. Kalau saya diperlukan, awak akan bercakap dengan saya tiap kali awak balik bilik, tapi sekarang dah tak dah. Awak masuk, we say hi, then awak pasang earphone, dengar lagu then Mimi akan masuk bilik and sembang dengan awak and awak cerita macam-macam kat dia. Cerita yang awak tak cerita dekat saya.

Kadang-kadang saya balik bilik, we say hi, saya cerita apa yang jadi haritu, then awak responded with few words then we kept quiet buat hal masing-masing then tiba-tiba Sakinah masuk and awak sembang macam-macam pulak dengan dia. Same thing happened macam yang kat atas.

I guess I'm not worth the news.

Bila kita semua keluar sama-sama lima orang, saya rasa macam orang asing because I don't get you guys punya jokes and kadang-kadang tak ada orang pun nak explain benda tu kat saya.

Then kalau awak tahu saya, awak mesti tahu yang kalau saya tak selesa, it would shows kan, and saya kesian kat awak sebab saya nampak awak macam tersepit bila saya tak selesa, macam awak rasa trapped between me and your friends.

Saya tak nak awak jadi macam tu. Awak tak payah rasa bersalah lagi. That's why I left.

Awak ingat tak malam awak keluar tengok Rapunzel dengan diorang tu ? Malam tu, saya nampak everything clearly. I saw where I stand.

Saya sedih sebab saya nampak your arrogance waktu awak cakap yang awak tengok Rapunzel tu. Saya tahu benda ni nampak remeh but you won't see the impacts on me. You tak kan nampak sebab awak bukan saya. Saya sedih sebab saya teringat hari before tu, Mimi beria-ia cakap dia tak nak tengok Rapunzel sebab dia penat lepas balik beli tiket dia nak tidur tak nak tengok wayang and stuffs.

Tiba-tiba korang semua tengok wayang. I feel backstabbed.

I know benda ni nampak silly, nampak childish, tapi benda ni buat saya nampak where I stand. I tak harap pun nak pergi tengok Rapunzel tu, saya tak kisah pun. Tapi apa salahnya inform saya dulu ? Cakap lah, "Hey, kitorang kat Jusco ni, tengok Rapunzel, hehe" apa salahnya ? Saya tak marah, sebab saya dah diberitahu dulu.

Bila awak text saya kata saya ni dah macam boyfriend awak, sebab semua benda nak bagitahu. Saya rasa macam, 'I don't know this girl anymore' saya nak awak bagitahu, sebab awak keluar dengan mereka, kawan-kawan kita. You girls are my world, and when you girls did this to me, I feel like I'm living in another universe.

Sebab tu saya mintak diberitahu. Saya tak nak rasa left out. Tapi, awak fikir lain, awak ingat saya nak kongkong awak. Tak, bukan macam tu.

Awak tahu tak awak buat saya rasa yang caring too much tu salah ? I feel bad.

Saya rasa bodoh sangat sebab asyik menangis and sedih because of bestfriends, tapi nak buat macam mana, saya memang orang yang macam tu. Saya orang yang sayang kawan, yang pentingkan kawan, yang nampak kawan tu macam keluarga.

Tapi bila keluarga tak rasa kita macam keluarga, saya nampak saya ni strangers.

Sebelum ni saya tak nampak pun masalah of being different course from you guys, tapi bila awak cakap yang you guys gone through many things day by day and that's what made you guys bond stonger, I nampak I memang orang luar.

Saya nampak saya ni sebenarnya memang lonely. I tak ada life lain selain kawan-kawan saya, dan boyfriend saya.

Tu la, dulu cakap kat orang lagi, so sekarang, rasakan lah.

Saya dah nampak semua ni lama dah. Tapi saya ignore sebab saya rasa itu cuma feeling saya je. Lagipun kalau awak perasan, kita dah semakin awkward with each other. So bila dah jadi macam ni, saya tak tahu nak buat macam mana lagi.

Saya nampak yang saya ni adalah masalah dalam hal ni. So, you know what they say on how to solve problems kan ? Find the source of the problem, and get rid of it.

So saya buang diri saya dari this group.

At least lepas ni awak tak payah fikir pasal saya terasa ke apa ke lepas ni. Awak tak payah fikir macam mana nak berdepan dengan kemarahan saya ni. Awak tak payah fikir pasal saya. Hilang beban awak. Awak cuma perlu fikir pasal the girls, and your boyfriend.

Believe me, dalam hal ni, awak tak rugi apa-apa. Tak rugi pun bila saya tak ada dalam group tu, sebab saya tak bawak any benefits pun. Tak ada effects pun kalau saya tak ada. You won't even notice that I'm not there anyway. Lepas ni, setiap kali keluar, awak boleh enjoy habis-habisan, laugh with all your heart, just be happy with them and yourself.

Cuma lepas ni, things might get awkward sebab kita satu bilik kan ? But don't worry I'll try to make things easier. Saya akan cuba buat awak rasa selesa dalam bilik tu.


Satu yang saya mintak, tolong doakan saya strong untuk hadapi semua ni. Saya tak pernah alone. All my life, I was surrounded with friends, and this is the first time saya rasa totally alone. Nasib baik ada Elya and Tikah. These two yang I selalu abandoned, I memang a bad friend kan ? Dah susah baru tahu nak carik.

One more thing, what happened, none of this was not anyone's fault. Not you, not them, not anyone. Things just happened.

So, I wish all the best. Good luck, and semoga awak sentiasa happy di kelilingi orang tersayang.



And to any of you, the strangers yang tak tahu the real story, believe me. When you choose to grow up and move on, think of the effects it might have on people around you. People grew up, that's a fact, tapi bukan semua boleh terima. Please, guide them to accept the truth that the person they thought they know, has grew up and become someone else.

I might seem silly because orang lain semua menangis, and effected and sedih sebab boyfriend, sebab family, tapi saya pulak sebab kawan. Tapi, I really love my friends, I care for them so much. And this friend, is the first friend ever that I have opened up this much that I started getting clingy to her. My bad. I shouldn't be like that at the first place.

So long, peeps.

.

Tuesday, November 30, 2010

Best.

You're seriously a very good friend.

I could see that you're trying to fix things. Trying to make me don't feel left out in the conversations.


THANK YOU SO MUCH.


I'm glad that you are my friend. :)

GILA

DEPRESSED.

.

Tired.

Saya dah penat nak komplen tentang state of my life. Saya ada banyak masalah. Masalah keluarga, masalah kawan-kawan, masalah study, masalah dengan diri sendiri.

Tapi saya tak nak komplen. Benda ni semua dugaan, kan?

Kadang-kadang saya terkilan sebab saya tak dapat support yang saya nak.
Kadang-kadang saya rasa saya ni selfish sangat.
Saya rasa saya ni macam tak pernah fikir pasal perasaan orang lain.
Saya rasa saya ni suka sangat mengungkit.
Saya rasa macam saya ni teruk gila.
Saya rasa saya ni tak reti nak layan kawan.

Kadang-kadang saya rasa saya dah gila.



Tapi hidup ni memang macam ni. Berputar-putar. Kadang-kadang, kita di atas. Kadang-kadang, kita di bawah.

Saya sudah terlalu lama berada di atas, mungkin. Jadi, tiba giliran saya berada di bawah. Berada di bawah, sangat lah susah and depressing.


Saya rindu hidup lama saya.



Hidup sekarang ni,
semua serba tak kena.

:(