aku teringat saat aku memberitahu kau, bahawa aku tidak pernah ke gig.
kau bilang, perempuan seperti aku tidak elok pergi ke tempat seperti itu. biar sang lanang sahaja bersuka ria,
"nanti ternoda" kau kata.
dan aku cuma mengangguk setuju.
esok harinya, kau kata padaku,
"seandainya kau mahu ke gig itu, kau bilang pada ku. tak perlu bertendang sepak di hadapan, cukup kita duduk di tepi sahaja,"
dan malam itu, aku tidur nyenyak mengenangkan kau membahasakan aku dan kamu, sebagai kita.
No comments:
Post a Comment