Readers love ,

Blog ini seharusnya bersifat,

RAHSIA.

Sunday, February 8, 2009

kau dah sembilan belas.

hai,

aku tak mampu untuk tulis sepucuk surat, mengarang sebuah puisi, atau pun sekadar menghadiahkan satu panggilan kepada kau.

untuk mengucapkan selamat hari jadi yang kesembilan belas buat kau.

aku cuma mampu untuk menulis satu post dalam blog ini dan menzahirkan ucapan aku kepada kau tanpa kau mengetahui apa yang aku rasa.

ya lah, apa yang aku rasa?

mungkin dahulu, aku akan duduk seorang seorang, mengaharapkan kau akan membalas mesej ucapan hari jadi yang aku titipkan pada kau.

kemudian, aku akan marah marah kerana mesej yang aku harapkan itu tidak aku dapat.

aku mungkin akan sentiasa membayangkan kau berdiri di hadapan pintu rumahku, sambil tersenyum meminta izin untuk masuk dan kita bercerita panjang sambil aku mendengar apa yang kau kisahkan.

kemudian, aku akan tersandar kecewa dan memaki diri sendiri kerana angan angan itu sungguh mustahil.

kadang kadang aku akan bersandar di dalam bilik mengingat kembali cerita kita dan menyesali diri sendiri kerana melepaskan kau atas kebodohan sendiri.
kemudian, aku akan pujuk diri sendiri untuk bangkit dari kesah silam.

tapi, itu cuma dahulu.

kini tak lagi.

aku sudah hilang apa yang orang panggil perasaan. aku sudah lupa bagaimana rasanya menyayangi seorang lelaki yan tiada perkaitan darah dengan aku.

aku sudah lupa dengan hubungan emosi antara dua manusia.


tapi aku tak lupa tarikh ini. dan aku tak lupa bagaimana rasanya bergelar gadis kau dan mempunyai kau untuk dipanggil jejaka aku.


selamat hari jadi, bekas kekasih.

.

No comments:

Post a Comment