waktu aku rasa ingin buka pintu, kau cuma berdiri di hadapannya. tidak mengetuk, tidak juga menjengah.
cuma berdiri, dan melihat sahaja.
aku nampak, dan aku cuma membalas pandangan. aku sendiri kaku dan tidak tahu untuk buat apa. kau masih di situ.
kemudian, kau mula mendekatkan diri. sehari, selangkah, esoknya, tambah setapak lagi. waktu itu, aku tak mahu menutup pintu. aku mahu buka sedikit lagi. mana tahu, kau ingin masuk ke dalam.
kemudian, kau bawa sahabat kau. dia memperkenalkan diri. dan kau, aku lihat semakin jauh. walau, kau masih statik di situ.
kawan kau seakan meronta untuk masuk ke dalam dan aku masih cuba menghalang. dia orang sebarangan. aku tak mahu orang sebarangan masuk ke sini.
kau cuma memandang. dari jauh. kelibat kau tidak aku nampak lagi. dan aku semakin rimas untuk melihat apa yang di hadapan aku.
kawan kau merimaskan aku.
aku mula ingin menutup pintu. kawan kau merayu untuk masuk. maaflah saudara, saya tak kenal saudara, pintu ini bukan untuk saudara. pergilah ke rumah lain.
dan kawan kau mula menjauh. aku dapat lihat langkahnya yang menjauh.
pintu ku mula tertutup perlahan lahan. burung burung, dan unggas sudah tidak lagi berteriak mengejek kau dan aku.
kini, semua sudah sepi.
pintuku sudah aku mula tutup.
pagi ini, aku dengar ketukan pada pintu.
kau kah itu?
.
No comments:
Post a Comment