kadang kadang,
bila kita penat, kita berhenti.
duduk sekejap, ambil nafas
dan sambung berlari.
kadang kadang,
walau kita penat, kita akan terus berlari,
berlari, dan terus berlari.
sehingga akhirnya kita tersungkur
kepenatan
atau
sehingga akhirnya kita tiba di garisan penamat
dan rebah
lelah.
sebab tu aku pilih untuk berjalan.
biar perlahan,
biar lambat,
supaya aku tak lelah
agar aku tak rebah.
dan berjaya maju untuk ke seterusnya.
walau sebagai yang terakhir.
kerana aku tahu, kudrat ini masih bersisa.
.
No comments:
Post a Comment